Perniagaan Internet

Tahun 2011, internet bukanlah satu teknologi yang asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kesedaran untuk memulakan perniagaan internet semakin bertambah dalam kalangan golongan sederhana untuk menyara keluarga dan menyediakan keperluan asas. Saingan sentiasa bertambah jika hanya bergantung kepada gaji bulanan…Setiap tahun ada sahaja pelajar baru yang akan mengambil tempat pekerja-pekerja lama yang sudah “season”..

Jika anda pernah terdetik untuk memulakan perniagaan internet sendiri, halaman ini akan memberi idea untuk anda mula mengorak langkah.

#1 – Persediaan

Sebelum memulakan perniagaan internet, anda perlukan mempunyai tujuan (GOAL) dan keinginan untuk berjaya. Jika anda tidak mempunyai “drive” atau dorongan yang KUAT, maka perniagaan internet anda susah untuk berjaya. Jadi anda perlulah bersedia dari segi mental dan emosi.

#2 – Ilmu

Ilmu adalah penyuluh hidup. Tanpa ilmu, susah untuk berjaya. Di dalam arena perniagaan internet, ilmu adalah sesuatu asset yang wajib diperoleh oleh sesiapa yang ingin mengecapi kejayaan. Bila tiba masanya untuk anda melabur di dalam perniagaan sendiri, perkara pertama yang perlu anda lakukan ilah membuat pelaburan untuk diri sendiri dahulu (Invest in yourself)…Cara untuk melabur untuk diri sendiri adalah dengan menuntut ilmu.

 #3 – Mentor

Cara terpantas untuk anda berjaya ialah – cari sesiapa yang sudah berada di tempat yang anda ingin capai, dan ikuti jejak mereka. Ini bermakna, jika anda ingin berjaya dalam pemasaran affiliate, cari seorang mentor yang sudah berjaya dalam pemasaran affiliate, dan ikuti cara mereka.

 

Jenis Model Perniagaan Internet

 

Perniagaan Affiliate

Gambaran Aliran Pemasaran Affiliate

Pemasaran affiliate adalah cara membuat duit dengan mempromosi produk orang lain. Anda akan terima % komisen dari setiap jualan yang dijana. Ini adalah salah satu model perniagaan yang memerlukan kos paling rendah. Affiliate masih lagi mampu menjana pendapatan tanpa memiliki website.

Di website Akademi Affiliate ini, kami memberi panduan lengkap bagaimana anda boleh memulakan perniagaan affiliate yang berjaya.

Beberapa Top Affiliate Network

  1. Clickbank.com
  2. PayDotCom.com
  3. Shareasale.com
  4. Plimus.com
  5. cj.com (Commission Junction)

[Pro] Pemasaran Affiliate

  1. Modal yang rendah untuk mula.
  2. Pelbagai produk yang mudah dicari dan senang untuk dipromosi.
  3. Tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu menghantar produk.
  4. Pendapatan pasif.
  5. Boleh dilakukan secara “underground”
[Con] Pemasaran Affiliate
  1. Proses pembelajaran sistem pemasaran mengambil masa.
  2. Perlu menonjol berbanding pesaing.

Pelancaran Produk

Gambaran Aliran Pelancaran Produk

Ada idea untuk membuat produk sendiri? Pelancaran produk memerlukan masa dan dedikasi untuk mencipta satu produk yang berkualiti untuk pelanggan.

[Pro] Pelancaran Produk

  1. Duit masuk terus ke akaun (tiada threshold atau tak perlu tunggu payment)
  2. Pemasaran dibantu oleh affiliate – kos marketing boleh dikurangkan.
  3. Mencipta brand
[Con] Pelancaran Produk
  1. Perlu mengambil masa setup produk yang berkualiti. (Kalau produk sampah, nama anda akan rosak)
  2. Jika produk anda tidak dapat deliver apa yang dijanjikan, kredibiliti anda akan terjejas..lagi-lagi kalau surat jualan anda “hype” habis.
  3. Perlu melakukan customer servis. (Kalau customer seorang dua orang ok lagi nak layan….kalau dah beribu customer, tugasan ini agak menyusahkan)

Perniagaan Ebay

Gambaran Aliran Perniagaan Ebay

Perniagaan ebay juga popular dalam kalangan internet marketer kerana ia adalah salah satu perniagaan yang akan memberi pulangan serta merta dari setiap jualan yang dilakukan. Fund akan masuk terus ke akaun paypal anda setelah pembeli melakukan pembelian, kemudian tugasan anda hanyalah menghantar produk ke alamat mereka melalui pos atau courier.

[Pro] Perniagaan Ebay

  1. Mudah dapat jualan. (Customer base ebay sangat ramai)
  2. Jika betul-betul focus, anda boleh membuat full time income dengan ebay sahaja.

[Con] Perniagaan Ebay

  1. Perlu modal
  2. Margin tak berapa besar
  3. Susah cari sumber produk.
  4. Terlibat dengan “fake item” (barang tiruan)

Bagaimana Untuk Bermula?

Tiba masanya untuk anda mula membina perniagaan internet sendiri dan mule mengumpul pendapatan pasif melalui internet. Dapatkan panduan lengkap bagaimana untuk bermula di sini.

Panduan Mudah Menjana USD di Fiverr

 

Leave A Reply (No comments So Far)

Before you post, please prove you are sentient.

what is 9 plus 9?

No comments yet